BAHASA
MELAYU
Dunia tanpa awan ialah cerita yang mengagak dan memikirkan masa depan kita. Cerita kami bermula dengan lima ahli antropologi semasa tahun-tahun 2045-2050. Mereka cuba menyelamatkan awan yang sedang pupus disebabkan oleh perubahan iklim yang telah mengancam punca-punca air di seluruh dunia. Ahli antropologi tersebut dinamakan “Nefologis” atau “pakar awan”. Mereka cuba mencipta mesin yang boleh berbual dengan awan jadi Nefologis boleh menanya awan: “Bagaimanakah kami dapat menyelamatkan kamu dari kepupusan?” Adakah Nefologis akan berjaya dalam usaha mereka? Kami telah mencampur ciri-ciri cerita dan perbincangan akademik untuk memikirkan masa depan dunia kita yang sedang berubah dengan cepat. Apakah bentuk politik dan ilmu yang akan muncul pada masa hadapan? Kami menjemput semua untuk memikirkan dan menikmati cerita kami.